Friday, March 25, 2011

Mari Belajar Membuat Pizza di rumah!
Mari kongsi resepi pizza di sini. Resepi saya ni ambil dari buku panduan yg di beri bersama dengan bread maker saya.
user posted image
.. sebelum
user posted image
… dan selepas dibakar…
PIZZA
Bahan Doh Pizza :
280 g tepung berprotein tinggi
15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yist segera
Bahan-bahan topping :
Udang
Sosej
Lala
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella
* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.
Cara-cara membuat pizza :
1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.
5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.
13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.
Sekiranya anda tidak mempunyai sos pizza, cuba gunakan resepi berikut :
Sos Pizza
1 labu bawang besar } di cincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa

Cara membuat sos:
Panaskan minyak.
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
Kacau sehingga pekat
nota: kepada sesiapa yg belum ada bread machine tu jgn risau.. pagi tadi dah mencuba menguli dgn tangan ni secara manual.. terbukti berjaya!!.. cubalah…  :grinning:
kawan2 lain yg ada resepi pizza yg lagi sedap.. jomlah kongsi kat sini… nak juga mencuba… resepi yg diatas ni simple jer… 
Antara gambar-gambar koleksi saya.
Pizza sebagai sarapan pagi. biggrin.gif
user posted image
Ini Pizza Seafood dan Pizza Daging, yang pernah saya buat sebelum ini. biggrin.gif saja tjk yg belum di bakar …
user posted image
user posted image

Kalau Saya Nak Makan Pizza...Kat Mana Agaknya Ya??Hmmm...

Hai-hai!! Mazni disini lagi!
Ok, hari ini saya nak jadi pemandu pelancong kat kawan-kawan saya yang suka makan pizza!
Disebabkan pizza ini terkenal di seluruh dunia, maka banyaklah kedai-kedai yang menjual pizza. 
Hampir seluruh dunia mempunyai kedai pizza mereka yang tersendiri. 
Ada yang sampai jadi cawangan seperti Pizza Hut, Vivo, Domino's Pizza dan macam-macam lagi...
jadi mari kita selidik jenis-jenis kedai yang lain yang ada menyediakan pizza...

Mari kawan-kawanku!

     
Saya pasti semua orang disini sudah tahu tentang kedai ini kan..hahah, ya..Pizza Hut merupakan kedai Pizza yang paling terkenal di Malaysia serta seluruh dunia!


Selain Pizza Hut, Domino's juga adalah antara pembekal dan penjual pizza yang paling terlaris. berbeza dengan pizza yang disediakan di Pizza Hut, pizza di Domino's lebih nipis dan ia lebih mengikut gaya pizza Itali dan Amerika.

Siapa yang pernah pergi Jusco Tebrau, saya pasti anda pernah nampak nama kedai ini. Vivo juga semakin menempah nama di malaysia dengan pizza nya yang enak dan memuaskan, tapi di barat Amerika khususnya cawangan ini sudahpun terkenal.

"Joe's Pizza" yang terletak di Amerika.

"Apache Pizza" di Ireland.

"Pizza School" di Korea.

"Pizza Corner" di India

Baiklah kawan-kawan, sampai disini sajalah 'penerbangan' kita. Saya harap kamu semua dapat mempelajari sesuatu dari blog saya. Huhuhu<3<3

Selamat Tinggal Pecinta PizzaKu!


Pizza Popular?? YES! Betul!!

Pada post saya yang sebelum ini, saya ada kata yang pizza sangatlah popular di serata dunia! Anda tidak percaya?percayalah! hahahha! ok2, disini saya ingin buktikan kepada kawan-kawan saya di luar sana yang musykil tentang hal ini.

Mari!

Peta yang menunjukkan Pizza telah menawan seluruh dunia!hahaha!

ini adalah contoh pizza dari Israel dengan campuran bahan jagung, buah zaitun hitam dan macam-macam lagi.

Ini pula adalah pizza dari Hawaii. Nama pun Hawaii, jadi kebanyakan bahannya dibuat dari makanan laut.

Ini pula adalah salah satu kedai Pizza yang terkenal di Malaysia, yang terletak di Kulim Kedah.

Selain dari tempat-tempat yang saya senaraikan diatas ini, terdapat banyak lagi kedai yang menyediakan makanan ini diseluruh negara, antaranya ialah Korea, Jepun, China, India, Nepal,Pakistan,Brazil, United States Of Amerika, Australia dan lain-lain.

selain itu, jika anda berminat, anda boleh lah lawati website ini http://www.expatify.com/news/pizza-around-the-world.html website ini akan memberitahu anda banyak lagi cerita-cerita menarik tentang pizza diseluruh dunia.

Ok! sampai di sini saja untuk hari ini! Ciao!(selamat tinggal dalam bahasa itali)




Pizza Asal Dari Mana Yaa???

Pizza asalnya bukanlah asal dr Itali seperti semua orang sangka kan..Sebenarnya, Pizza mula-mula asal dari Greek, atau pun Yunani. Di mana pada zaman ini, mereka akan selalu saja makan roti yang berbentuk bulat, nipis dan ia akan di sapu dengan minyak zaitun, ramuan herba dan rempah, lalu mereka akan membakar roti ini dan makan, tapi pada zaman ini penggunaan kurang digunakan. Ia hanya bermula di Itali! di mana makanan ini menjadi kegemaran orang ramai sehingga permintaannya sangat tinggi. Pada masa ini, cara memasak pizza pown sudah berbeza dimana ia mula di hiasi dengan aneka perencah, sos tomato untuk membangkitkan lagi bau harumannya.
Bermula dari Greek sehinggalah Rom, pizza tidak pernah ditelan zaman. Semua orang menerima jenis makanan ini kerana ia dianggap seperti 'snack' yang mengenyangkan. Bayangkan anda makan roti yang penuh dengan bahan perencah seperti keju, hirisan ayam dan daging, sayur-sayuran..dan macam-macam lagi!

Sehingga sekarang, pizza semakin popular diserata dunia, anda pergi saja ke mana-mana, pasti anda jumpa restauran yang menjual pizza! perkara ini semakin hebat sehinggakan ada "International Pizza Day"! 
perayaan ini di adakan dengan membuat pizza yang sepanjang 100 kaki dan setebal 1 inci!!!